A. Pernafasan.
1. Kita perlu bernafas untuk terus hidup.
2. Organ pernafasan kita ialah paru-paru.
3. Lihat gambarajah yang menunjukkan sistem pernafasan manusia.
4. Proses pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.
5. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada ke atas dan ke bawah dalam tempoh masa tertentu.
6. Orang yang berlainan mempunyai kadar pernafasan yang berlainan.
7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.
8. Apabila kita bersenam, kadar pernafasan kita lebih tinggi berbanding apabila kita membaca buku.
Friday, June 28, 2013
1-3-Keperluan Asas Tumbuhan
1) Tumbuhan memerlukan udara, air dan cahaya matahari untuk terus hidup.
2) Tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.
2. Daun tumbuhan akan bertukar menjadi kuning jika kurang menerima cahaya matahari.
2) Tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.
A) Udara
1. Tumbuhan memerlukan udara untuk:- Menyerap oksigen bagi proses pernafasan.
- Menyerap karbon dioksida bagi proses fotosintesis.
B) Air
1. Tumbuhan memerlukan air untuk:
- Mengawal suhu
- Mengekalkan kesegahan
- Menghasilkan makanan.
- Mengangkut nutrien dan mineral ke bahagian tumbuhan yang lain.
C) Cahaya Matahari
1. Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan makanan.2. Daun tumbuhan akan bertukar menjadi kuning jika kurang menerima cahaya matahari.
1-2-Keperluan Asas Haiwan
Untuk terus hidup, haiwan memerlukan:
- Makanan
- Air
- Udara
- Tempat Perlindungan
A) Makanan
1) Haiwan makan untuk:
- Mendapat tenaga.
- Membesar.
- Mengekalkan kepanasan badan.
- Kekal sihat.
2) Jenis makanan haiwan terbahagi kepada:
- Tumbuhan sahaja
- Haiwan sahaja
- Tumbuhan dan haiwan.
B) Air
1. Haiwan memerlukan air untuk:
- Menyingkirkan bahan kumuhan daripada badan
- Mengangkut nutrien ke bahagian badan yang lain
- Mengawal suhu badan
C) Udara
1) Haiwan memerlukan oksigen dalam udara untuk bernafas.
D) Tempat perlindungan
1. Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk:
- Melindungi diri daripada pemangsa semulajadi
- Melindungi diri daripada cuaca buruk.
2) Berikut adalah jenis tempat perlindungan dan haiwan yang tinggal di dalamnya
- SARANG - Burung
- GUA - Beruang, Kelawar
- LUBANG DALAM TANAH - Cacing tanah, arnab, tikus, ular.
- TERUMBU KARANG - Udang, ketam, ikan.
- SANGKAR - Haiwan peliharaan seperti burung dan hamster.
1-1-Keperluan Asas Manusia
Kita memerlukan semua keperluan asas untuk terus hidup.
2) Kita perlu makan makanan yang seimbang setiap hari untuk kekal sihat.
Menyingkirkan bahan kumuhan dalam bentuk air kencing dan peluh.
Mengawal suhu badan.
Mengangkut nutrien ke bahagian badan yang lain.
Melancarkan peredaran darah. Membersihkan diri dan persekitaran.
2) Kita perlu minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.
2) Kita memerlukan oksigen dalam udara untuk bernafas.
Ancaman binatang buas
Sinaran Matahari Hujan
Cuaca buruk seperti udara sejuk dan salji.
2) Isikan tempat kosong:
Kita memerlukan __________ untuk bernafas.
Kita memerlukan __________ untuk mengawal suhu badan.
Kita memerlukan __________ untuk melindungi diri daripada cuaca buruk.
Kita memerlukan __________ untuk membina tisu badan yang baru.
A.Makanan
1) Kita memerlukan makanan untuk Mendapat tenaga Membesar Membina tisu baru dan menggantikan tisu rosak Mencegah dari jangkitan penyakit Kekal sihat2) Kita perlu makan makanan yang seimbang setiap hari untuk kekal sihat.
B.Air
1) Kita memerlukan air untuk:Menyingkirkan bahan kumuhan dalam bentuk air kencing dan peluh.
Mengawal suhu badan.
Mengangkut nutrien ke bahagian badan yang lain.
Melancarkan peredaran darah. Membersihkan diri dan persekitaran.
2) Kita perlu minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.
C. Udara
1) Seseorang akan mati jika tidak mendapat udara dalam masa beberapa saat.2) Kita memerlukan oksigen dalam udara untuk bernafas.
D. Tempat perlindungan
1) Kita memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada:Ancaman binatang buas
Sinaran Matahari Hujan
Cuaca buruk seperti udara sejuk dan salji.
Latihan
1) Namakan keperluan asas manusia.2) Isikan tempat kosong:
Kita memerlukan __________ untuk bernafas.
Kita memerlukan __________ untuk mengawal suhu badan.
Kita memerlukan __________ untuk melindungi diri daripada cuaca buruk.
Kita memerlukan __________ untuk membina tisu badan yang baru.
Subscribe to:
Comments (Atom)