Friday, June 28, 2013

1-2-Keperluan Asas Haiwan

Untuk terus hidup, haiwan memerlukan:

  • Makanan
  • Air
  • Udara
  • Tempat Perlindungan
A) Makanan
1) Haiwan makan untuk:
  • Mendapat tenaga.
  • Membesar.
  • Mengekalkan kepanasan badan.
  • Kekal sihat.
2) Jenis makanan haiwan terbahagi kepada:
  • Tumbuhan sahaja
  • Haiwan sahaja
  • Tumbuhan dan haiwan.

B) Air
1. Haiwan memerlukan air untuk:
  • Menyingkirkan bahan kumuhan daripada badan
  • Mengangkut nutrien ke bahagian badan yang lain
  • Mengawal suhu badan
C) Udara
1) Haiwan memerlukan oksigen dalam udara untuk bernafas.

D) Tempat perlindungan
1. Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk:
  • Melindungi diri daripada pemangsa semulajadi
  • Melindungi diri daripada cuaca buruk.
2) Berikut adalah jenis tempat perlindungan dan haiwan yang tinggal di dalamnya
  • SARANG - Burung
  • GUA - Beruang, Kelawar
  • LUBANG DALAM TANAH - Cacing tanah, arnab, tikus, ular.
  • TERUMBU KARANG - Udang, ketam, ikan.
  • SANGKAR - Haiwan peliharaan seperti burung dan hamster.

No comments:

Post a Comment