A. Pernafasan.
1. Kita perlu bernafas untuk terus hidup.
2. Organ pernafasan kita ialah paru-paru.
3. Lihat gambarajah yang menunjukkan sistem pernafasan manusia.
4. Proses pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.
5. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada ke atas dan ke bawah dalam tempoh masa tertentu.
6. Orang yang berlainan mempunyai kadar pernafasan yang berlainan.
7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.
8. Apabila kita bersenam, kadar pernafasan kita lebih tinggi berbanding apabila kita membaca buku.
No comments:
Post a Comment